Advertisement

Wednesday, November 11, 2015

Phuket Day 2-Maya Bay,Viking Cave,Loh Samah,Kai Island, Phi-Phi Island

Pagi ni aku bangun awal gila..kul 6 dah mata kelip2..bukan apa..tak sabaq lahaii nak pi pulau..nak posing lawa2 pastu hupload dalam fb bagi org jeles..wakakaka...
takla..tu bukan niat asal aku..saja syok2 ja tulih...aku bukan nak jeleskan sapa2..tapi kalau ada orang jeles biaq pi la..kalau jeles sila kerja kuat and himpun duit sendiri pi sana...

Menurut kata tour agen,van akan datang pick up kul 7.30-7.45 pagi..tapi dia mai pick up kul 8.00..
Perjalanan ke Pier dalam 45 minit,sampai kt sana kami diberi simple breakfast..biskut and cofee/tea..
Jadila habuan alas perut..pagi tu kami dah breakfast manggi kt hotel.. (maggi bwk dari rumah,bkn pa maggi kt thailand ni ragu2 ckit nak mkn)..ubat tahan pening pun ada depa sediakan..yala bkn semua org tahan..ada jgk org yg mabuk laut termasuk aku..eh!!

Sebelum naik boat kami diberi penerangan ringkas..tour guide kami nama dia aku lupa..tapi aku pggl dia Chi chi..sapa tgk gambaq Memori Cinta Suraya kt 105 (astro prima)..muka tour guide tu cm chi chi la..dengan lawaknya..serious happening sgt..dia pggl biskut tu biskit..pastu masa penerangan tu dia dok sebut insulan..insulan..aku dok pikiaq menatang apa insulan ni..rupanya insurance..kahkah..lawak tui..

Team sama-sama naik boat dengan kami ada 1 couple dari Malaysia & 1 couple lagi dari china..yg lain semua dari negara eropah or timur tengah rasanya..semua seksi meksi la pakai bikini..asben i cuci mata sungguh la aritu..:-p


 
Yang baju putih pakai handsock biru tu la Chi Chi...^-^

Lepas mengharungi ombak dan membelah lautan...akhirnya kami sampai ke pit stop pertama iaitu Monkey Bay...aku laju-laju keluarkan handphone untuk ambik gambar..kt cni kami diberi masa 30 minit ja..cantikkan..air laut ni memang menakjubkan..





 
Gambaq bawah ni lawak..pas kelebek handphone baru aku perasan..masa aku baring ada mat salleh ni tgk cam pelik ja..pelik sbb aku pakai baju kot..sbb yg len berbikini kannnn...haha
 

Next,boat bergerak untuk aktiviti snorkeling..yeayyy...tp boat berenti kt kedalaman 3 meter..lebih kurang 10 kaki..maka..aku awal2 dah surrender..takut makk nakkk..hahaha..
Yg turun cuma asben aku..dia xpala pandai swimming..aku ni manalah reti..even pakai life jaket pun aku tak confident..




tgk ikan2 tu..comel gila...aku tgk dari atas jala..nak turun takutt...^-^

Ok,next,after snorkeling 40 minit,time for lunch..depa ni pandai ja atur programme..lepas orang lapaq main air terus depa bagi makan..bagus2..saya suka..saya suka (versi mei-mei )

Kami lunch di Koh Phi Phi..menu yang ada..nasi putih,tomyam,sayur,spaghetti,air kosong,cofee,tea,buah tembikai...okla kan,harga package dah included lunch..sangat berbaloi..

 
menu tengahari kami

 view dari restoran yang kami makan.
 
Kat sini kami spend 45 min jugak..tapi tak sempat nak explore tempat tu..aku tengok dalam blog org lain siap boleh pergi viewpoint yang atas tu..rugi kami tak sempat pi..
 
Next,kami dibawa sightseeing di beberapa tempat:
 
1) Viking Cave,lani dah jadi tempat burung layang2..
 

2) Loh Samah Bay


Nexttt,yehaa..tempat yang paling aku tak sabar nak pergi..which is Maya Bay..

Amazing,Wonderful, Perfect apa lg eh perkataan yang nak gambarkan tempat ni..memang cantik sgt2..Subhanallah..Indahnya Ciptaanmu Ya Allah...
Jom layan gambar...cantik betul taktau nak describe macam mana...










 
Lepas snap pic mandi mandi..hujan dah start turun..masa tu ada jugak boat-boat lain baru sampai..rugilah depa tak dapat nak tengok kecantikan tempat ni kalau dah hujan..sebabnya gambar akan nampak cantik waktu cuaca panas and cerah je..
 
Chi-chi kata "you're lucky today".Kalaulah kami mai time ujan...sure menangis dalam hujan la aku time tu...rugi takleh tengok pantai cantik..
 
Pastu Chi Chi arahkan semua naik boat sebab nak teruskan ke last destinasi iaitu Kai Island...masa on the way ke Kai Island,hujan turun dengan selebat-lebatnya..bayangkan dari basah sebab mandi laut terus jadi basah lencun..most of us berdiri time tu sebab ujan lebat..so tempias masuk abis dalam boat...beg2 kami plak terpaksa diletakkan kt ruang simpanan sebab takut basah..siap guruh kilat sabung menyabung..dan masa tu kami betul2 tengah laut..kat mana nak berteduh lagi..memang scary dari naik kapal terbang aku rasa...kihkih..
Dahla nak ke Kai Island tu ambil masa 30 minit..30 minit tu bagaikan 30 hari ja sebab dalam keadaan laut bergelora dan hujan lebat..
 
Masa sampai ja kt Kai Island,hujan masih tak berenti,pastu chi-chi tanya samada nak stop or balik ke Phuket Island..ramai setuju balik ke Phuket Island ja..kalau stop kat Kai Island pun aku rasa tak selamat jugak..coz hujan guruh kilat sabung menyabung...
 
Then kami teruskan perjalanan ke Phuket Island yang mengambil masa lagi 20 minit cmtu...kami selamat tiba kat pier kul 3.30 waktu thailand..sama dengan 4.30 waktu malaysia..
Pastu tempuh plak perjalanan nak balik ke hotel..
Overall..kalau hampa pi Phuket and Krabi..pleasela pi pakej island ni..rugi kalau tak pi weh...
Ampa leh tengok betapa indahnya ciptaan yang maha esa...seriously..ampa akan terpana..kahkah...(terpana??ayat xleh blah)
 
Next continue part 3 yer.boss dah jeling2..apa ke halnya taip laju sangat budak ni..hihi..bye

No comments:

Post a Comment