Advertisement

Tuesday, June 16, 2015

Mission Accomplished..Majlis Kesyukuran & Birthday Party Tema Transformers

AMARAN: Entry ini mengandungi banyak gambar dan panjang berjela-jela..so kalau korang malas nak baca,please stay away from this blog..

First thing,syukur kehadrat ilahi kerana memudahkan majlis kami..cuaca pun elok tak ujan..alhamdulillah sgt...
Walaupun berlaku bertukaran menu pada saat akhir,aku bersyukur sebab lauk yang dihidangkan cukup dan dapat memuaskan ati tetamu..yang tak puas ati lantak hampa la..sebab tu rumah aku..tuan rumah dah berbesar ati panggil..ada hati lagi nak complaint2 ye..kalau rasa ada yang tak kena..SILA buat majlis hampa sendiri..wakakakaka T_T

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil..kami jemput ustaz dan beberapa orang surau..dalam 40 org juga yang join majlis ni..terima kasih jiran2...gambar kt bawah semasa majlis tahlil..kualiti kurang memuaskan sebab cahaya dari luar...

 
Tapi...gambar tuan tanah kat bawah ni gred A..hahaha..dan lagi selfie sebelum bacaan tahlil..kihkih..jgn mare..:-p

 
Lepas habis majlis tahlil..semua dijemput makan di khemah yang disediakan...Kak aku cakap khemah mcm orang nak kawen..yala.kan kenduri kawen dnial..hahaha



Antara menu yang dihidangkan aritu ialah kurma kambing,dalca ayam,tembikai,air roselle,air oren,karipap,donut,kek,pulut seri muka,dadih dll..Thanks sgt kepada yang sponsor makanan tambahan tu...Maapla..tuan rumah xdan snap gmbaq makanan..kalut sgt..tula..aku nak upah photographer laki aku tak bagi..kan dah kekurangan gambaq..huhu

Untuk part candy buffet/candy booth ni,seawal pagi kami dah prepare...excited sgt...semua props,tagline,labelling aku buat sendiri tau..BUAT SENDIRI aka DIY..ada jugak tetamu cakap..aku tempah..tapi aku gtau aku buat preparation seawal 2 bln untuk semua ni...








Inilah item kt candy booth aku..kalau ada chocolate fountain lagi sempoi kan..tapi nak wat cmna..ini ja aku mampu...huhu T_T





 
Ok..abis part candy booth,jom pi kat photo booth plak..item & props kt photo booth pun aku DIY jugak dan menggunakan 100% bahan yang ada dalam umah aku..
 



 





Ini jela yang sempat bergambar..ramai kawan2 yang mai..tp biasala kan..tuan umah bz..mana dan nak selfie..hihi




Gambar kat atas plak suasana kat dalam khemah pada hari kejadian..

Lastly,aku satisfied atas usaha kami untuk pastikan majlis ni berjalan lancar..duit bukan ukuran..tapi niat ikhlas kami..its not about the money...but the moment is priceless..

Luv~~
Eka
 

4 comments:

  1. Best2 Eka...terasa berkobar2 pulak nak wat birthday party...nak buat candy booth macam tu jugakk...hehe

    ReplyDelete
  2. As..kami baru perasan komen ampa..nampak sgt dh lama xbuka blog..hahahha

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete