Advertisement

Tuesday, March 17, 2015

Tips Beli Rumah Pertama

Semua orang mengimpikan rumah sendiri..Betul tak?
Same goes to me..sebelum beli rumah,aku memang pasang angan-angan tinggi nak hias rumah sendiri...Time tu umur aku 23 tahun...Since kawen aku dok dgn mertua aku..aku kawen tahun 2009..
2 tahun lepas tu (tahun 2011),aku pujuk asben untuk beli rumah sendiri..masa tu nak kata gaji banyak takla sangat..dgn anak kecik lagi..susu pampers dah berapa kan sebulan..tapi aku tekad..inilah masa yang sesuai...

At first aku minat sangat nk beli rumah di Taman Sg 2 Utama,tapi projek tu xstart2...aku yang masa tu nak sangat beli rumah rasa cm xleh tunggu dh..so kami decide nak beli rumah di Kubang Menerong,kalau ikutkan lokasi..rumah kt Sg 2 lg strategik,sebab dekat dgn highway..tp masa tu gedik sgt nak beli dah..so pergi book rumah..bayar RM 500 time tu untuk booking..

Kepada sesiapa yang nak beli rumah tu,banyak perkara kena consider sebelum booking:

1) Lokasi rumah tu biarlah dekat dgn segala kemudahan awam-for me,rumah aku sekarang strategik juga sebab cuma 5 minit to Mydin Bertam dan 10 minit ke Pekan Kepala Batas..

2) Freehold or leasehold...yang ni pun penting..pada aku baik beli rumah freehold which is pemilikan kekal..kalau leasehold,harga memang murah ckit,akan tetapi...selepas 99 tahun,kerajaan ada hak nak ambik tanah kita tu...itu la beza freehold and leasehold...so..korang pilih la sendiri ya..
kalaula katakan 99 tahun akan datang hampa dh mati..so anak cucu kena beli rumah baru..dan start from beginning..takda harta...paham dk maksud aku??

3) Pemaju..ni sangatlah penting..kita kena tgk pemaju tu boleh dipercayai ke tak..bkn apa..takut rumah terbengkalai or lambat siap..yang tak menyewa ok la..tapi kalau yang bayar rumah sewa sakitlahh...2-2 rumah kena bayar..

4) Duit untuk bayar 10% loan rumah,as for me n hubby,kami keja swasta,so kot mana pun kena buat loan bank..kami pilih public bank sebab interest rate dia rendah..kami bayar 10% kepada pemaju dan selebihnya dibiayai oleh bank...

5) Kepada sesiapa yang takda 10%,boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar,process nak keluarkan tak lama..asalkan pemaju bole tggu 10% okla..ada stgh pemaju tak bole tggu..so pandai2 lah hampa cari sendiri or guna duit simpanan sedia ada..

6) Kos Peguam-kos peguam ni boleh tahan mahalnya...untunglah kalau sapa beli rumah,kos peguam ditanggung oleh pemaju..tapi kan..kalau kos peguam ditanggung ni..diorang akan up ckit harga rumah...hehehe...ada 2 pihak kita kena byar peguam ye..peguam on behalf of pemaju n peguam on behalf or bank...kalau kos peguam pemaju dah tanggung..kos peguam on behalf of bank kena byar sendiri..faham tak???kalau tak faham email aku..hehehe

7) Lastly,tapak rumah kena ambil kira jugak...tapak rumah tu bekas lombong ka..bekas kelapa sawit ka..bkn apa..kalau bekas kelapa sawit,risiko anai2 banyak dan kalau bekas lombong takut berlaku mendapan...lg 1 kawasan tu bole banjir ke tak..semua haruslah consider yer...

Gitulah,tips2 yang aku bole share sejak aku memiliki rumah pertama ni...walaupun bukan bungalow or penthouse or etc...aku tetap bangga dengan hasil titik peluh kami..Alhamdulillah,sebelum usia 30 tahun kami ada rumah sendiri...Syukur...Terima Kasih Ya Allah..

Luv~~
Eka

1 comment:

  1. rumah kami di pinggir KL la sebab nak teres kan..

    Jauh sikit ke tempat kerja.
    So far, beli dulu terasa jauh, tapi sekarang semua dah maju kat situ.
    ada pasaraya, ada balai bomba dan polis, masjid.
    katanya nak buat hospital jugak.hope betul la...

    ReplyDelete