Advertisement

Tuesday, March 17, 2015

Kesan Marah Anak

Sejak jadi mak-mak ni kan..aku banyak cari maklumat tentang anak..Cara didik anak,cara pujuk anak dan cara layan anak...salah satu tajuk yang buat aku tertarik sgt ialah kesan marah dan pukul anak..
Bagi kita small matter kan..tapi byk kesan buruknya tau..kita anggap pukul anak sebagai salah satu pengajaran..tapi sebenarnya tak..kalau kita dah biasa pukul anak..dia akan membesar dengan persekitaran negatif dan menjadi aggresive dan pembengis kelak..

Dan kalau hampa nak tau..anak2 ni dia akan mewarisi sikap ibu bapa dia sendiri..means jika mak pak suka cakap tengking2..anak2 akan ikut..begitu juga kalau mak pak suka cakap lepas..maksud aku suka cakap bodoh dan sebagainya...jgn tanya kenapa anak pandai cakap bodoh...sebab sikap tu diwarisi oleh kedua ibubapanya sendiri..(jgn marah ya...aku cuma bg contoh)


Aku tak pasti bila tarikh keratan akhbar ni...pembentukan peribadi anak bermula dari ibu bapa sendiri..
So nasihat aku..nak didik anak senang ja..bagi contoh yang baik..kita sebagai Islam kena amalkan gaya hidup Islam..bila tiba waktu solat..ajak anak solat...
Bak kata orang tua2..melentur buluh biarlah dari rebungnya...Insyallah jika solat terjaga..keperibadian pun terjaga...

Pengalaman aku sendiri membesarkan anak..memang banyak sangat kelaku dia yang buat aku panas ati..biasala kan..anak lelaki...kalau tak lompat,lari sana sini bukan anak lelaki la..

Pastu sgt2 degil..Ingt lagi masa dia lingkungan umur 2 tahun...asal dia tak dengar cakap ja..mesti kena pulas telinga..sampaikan sekarang bila dia tak dengar cakap dan kena marah..dia dh tutup siap2 telinga dengan tangan..takut kena pulas...huhuhu..kesian sgt tgk..tp itula..since dia kecil dh kena..sekarang ni aku cuba avoidnya tarik telinga or pukul tangan dia..aku gunakan kaedah cakap dengan dia dan psikologi..


Tgk gambar ni..sedihkan..anak kena marah dan takda tempat mengadu..sedih ja sorang2...
Teringat pulak kt anak sorang aku tu...huhuhu


So,kepada sesiapa yang ada anak nakal,bolehla amalkan doa ni..Insyaallah,dapat membantu...
Malam2 masa anak nak tido,time dia lena-lena ayam...cuba cakap perkataan positif kat dia macam:

1)Anak mama ni baik kan,dengar cakap mama
2) Anak mama pandai pergi sekolah,boleh dapat no 1
3) Mama sayang sangat anak mama..besar nanti jadi anak yang berguna ya...

Sebab apa cakap time ni?Sebabnya time ni la otak kanannya bekerja dan dia akan ingt apa yang kita pesan...Amalkan tiap2 malam naa..

Sebelum mengakhiri entry ni,just nak pesan...bila kita tengking anak,memori tu tersimpan di otak kiri..dan dia akan ingat sampai bila2...kalau buat salah dengan anak..tak salah kita minta maaf pada dia...jangan ingat dia kecil,kita tak perlu minta maaf..
Sama-samalah kita menjaga emosi anak...

Luv~~
Eka
 

No comments:

Post a Comment