Advertisement

Wednesday, September 10, 2014

Resepi Koey Teow Goreng Sedapp

Arini chef nak share resepi Koey Teow goreng yer kwn2..
Aku namakan Koey Teow Goreng sedap sebab aku rasa sedappp sgt aku masak..wakaka
Lagipun suamiku tidak henti2 memuji masakan aku...terharu sgttt2 tau..dia tanya apakah rahsia aku masak sedap...aku cakap la..sebab aku masak dgn kasih syg..sbb tu lah sedappp..huahua..(nampak sgt kan tipu..jgn dok mimpi laki aku nak cakap cmtu..kahkah)

Bahan-bahan
Minyak Masak
Koey Teow
Udang
Kicap
Sos Cili
Sos Tiram
Telur
Cili Kering-blender
Bawang Merah-hiris nipis
Bawang Putih-hiris nipis
Taugeh
Kuchai


Cara Masakan
1.Panaskan api dan masukkan 2 sudu minyak masak
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih
3.Masukkan cili kering yg telah diblender kan
4.Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap secukup rasa
5.Kacau bahan2 td sebelum masukkan udang (kalau nak lg sedap masukkan la ayam ka,kerang ke,ikut suka ampa k)
6.Setelah cili td masak..masukkan telur dan kacau bg hancur
7.Then,masukkan koeytoew
8.Akhir sekali masukkan taugeh n kuchai dan kacau sehingga sekata
9.Siap dan sedia dihidangkan..





**Actually pg tu aku masak..aku mkn sorang2 sbb hubby g mengai..
Oleh sebab sedap yg keterlaluan...mlm tu aku masak lg menu yg sama bg laki aku makan...haha..

Resepi laksa bila aku rajin,aku share yer...bye

No comments:

Post a Comment