Advertisement

Wednesday, September 18, 2013

Bawa Keta Sendiri Ke Langkawi

Berita baik untuk peminat pinggan mangkuk,periuk belanga dan sewaktu dengannya..Sekarang ni dah ada perkhidmatan Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis..bleh bwk keta sendiri beb..Feri tu ala2 feri kat Penang..Suka tak??suka tak??Memang suka lah kennn kepada kaki2 shopping..nak beli barang penuh keta pun boleh..tak payah nak rembiang-rembiang naik bot sambil usung barang2 yg byk tu..tul tak?

Harganyaaa..(aku kasi bold & highlight dgn kaler merah..biar terang bijik mata..kuikui )

Sehala:RM 180
Dua Hala: RM 320

Harga kat atas tu untuk kereta biasa..kalau Basikal ka,Motor ka,Bas ka,haruslah harga lain-lain ok..
Harga termasuk driver aje yer..Untuk penumpang still dikenakan rm 18/seorang..(kalau harga sekali penumpang,sure bankrup syarikat feri yang lain,mesti semua orang kalott nak bawak keta sendiri..tul tak?)
Perjalanan plak mengambil masa 2 jam..yela kan..dah bawak kenderaan berat..mestilah la feri tu lambat macam semut..hahaha..apasal la tetiba taip semut..selalunya lambat cam siput kan???perumpamaan pun tak betui..nampak sangat BM failed kan..biasalah kenn..i kan english A...wakakaka



Ni gambaq feri tu..Maaf yer tuan tanah..aku curi dari blog kau..hehehe..Macam feri Penang,tapi nampak cam yang ni lg besar la..
Feri ni boleh memuatkan 45 kenderaan dalam satu-satu masa..Kalau rasa berminat nak nek keta sendiri pi Langkawi,eloklah buat tempahan awal..sebab cuma ada 1-2 trip saja sehari..

To be concluded:
Anda rasa-rasa berbaloi ka?
Bagi aku..kalau nak pi langkawi dalam tempoh yang lama berbaloi la..kalau setakat nak pi 3hari 2 mlm..bek nek bot biasa kan..2 org baru rm 72 pi balik..(anak aku tak kira sebab kecik lg..hihi)

Cuma kalau budget lebih apa salahnya..ye dakkk??..dapat merasai pengalaman baru..
Plus,dapat shopping pinggan mangkuk sepuasnya..tak cukup dalam bonet keta..aku letak ja kat tempat penumpang..Anak aku letak aja atas ribaan.huhu

Okla.Bye~~~


No comments:

Post a Comment