Advertisement

Tuesday, July 23, 2013

Terkini Tentang My Lil Son-DH

Alhamdulillah..syukur ya Allah..my lil son DH dah tak nangis pi sekolah..
Masuk minggu ke 2 ni dia dah boleh sesuaikan diri..Lega hati aku..Bleh aku mai keja dgn heppy (sambil berlagu girang..kehkeh)

Perubahan yg aku nampak tentang dia semenjak pi sekolah ni..Dia dah makin berdisiplin..kalau aku cakap apa2...dia dah tak melawan..dia akan cakap..Ya Mama...then akan angguk kepala tanda faham..
Lagi satu kalau aku marah dia..dia akan cpt2 mintak maaf..."mama,abg mintak maaf"..hehe..Good Boy...Alhamdulillah...

Then,kalau suruh dia tunjuk camna sembahyang..dia pun akan tunjuk la..dgn tgn kiam elok ja..tunjuk camna nak rukuk..sujud..walaupun dia tak reti lg bab2 bacaan dlm solat..tp alhamdulillah sgt..sebab dia dah boleh ikut apa yang cikgu ajar..

Kalau bab doa makan,memang dia dah pandai baca sejak dok rumah tokngah lagi..Tokngah yg ajarkan dia..Kalau time azan pun dia dah pandai ikut orang azan,dahtu doa selepas azan pun dia dah leh hafal ckit2..Alhamdulillah3x...

Lega aku tgk perubahan anak aku..sejak dia dah besar ni..semakin cerdik..Pampers pun dah tak pakai lani..aku cuma boh time tido ja..takut terkencing tilam..hehehe..

Syukur padamu ya Allah sebab kurniakan anak yang sihat dan sangat bijak untuk aku dan hubby...
Sekarang ni aku akan cuba bagi didikan yang terbaik untuk intan payung aku sorang tu..
Semoga dia menjadi anak yang soleh dikemudian hari..

So,untuk this year,aku plan antar dia dekat tadika tu sampai hujung tahun,start 2014,aku nak antar ke "Little Caliphs Kindergarden".
Setelah baca beberapa review pasal tadika ni,memang aku excited gila nak antar dia..biar mahai ckit takpa..janji diri anak aku tu dapat dicorakkan dengan elok...:-)

Untuk kawan2 yg ada anak kecil (4-6 tahun),aku memang recommended kalau ibubapa nak antar anak2 ke sini..
Boleh masuk web http://littlecaliphs.com.my/ kalau nak tau details..
Untuk pengetahuan semua,tadika ni pernah masuk Majalah 3 tau..(promote nampak..kikiki)

Insyaallah..next year my lil son akan sekolah kt ctu..Doa-doakan semoga impian aku tercapai..Amin3x ya rabbal Alamin..







No comments:

Post a Comment