Advertisement

Wednesday, May 15, 2013

Kehilangan

Tanggal 4 Mei 2013 aku telah kehilangan seorang bapa yang penyayang,bapa yang tak dapat dicari ganti dalam dunia ni..
Ayahku telah kembali ke Rahmatullah dengan tenang dan tanpa disangka..
Ketika orang lain sibuk dengan malam2 terakhir sebelum pilihanraya,aku dikejutkan dengan paggilan telefon dari abgku..

Abg aku cuma cakap "Balik tengok ayah sekarang".Aku tak fikir apa-apa masa tu..cuma mungkin ayah demam ke..or ayah jatuh ke..tu ja...Dgn berbaju tido,aku ajak suamiku pulang ke rumah mak aku yg jauhnya cuma 10 km dari rumah suami..Semasa dalam perjalanan,kakakku kol sekali lagi..dia tanya samaada aku dah balik ke belum..suara kak aku memang suara yg sayu dan suara menangis..aku dah mula terfikir..kenapa dgn ayah??

Sampai ja dia depan rumah mak,aku hairan kenapa banyak orang kampung berada di perkarangan rumah org tuaku..
Masuk ja dalam rumah..Aku menangis semahunya..Ayah dah terbaring kaku..
Ya Allah,aku bertanya kepada kakakku,kenapa dengan ayah..aku tak dapat menahan sebak dan meraung..
Menurut kakakku..lebih kurang 11.15 mlm..kakak aku dan suaminya nak keluar ronda2 mlm tu tengok org berkempen..masa dia keluar,ayah aku masih sembang elok dan tanya dia nak kemana...
Time tu Ayah aku tgh sembang dengan Pakcik aku kat luar rumah...

Lebih kurang 11.30 malam..ayah aku kata,dia dah mengantuk,nak masuk tido..Pakcik aku pun balik..
Then,tak sampai 5 minit baring sebelah mak aku,mak aku dengar ayah aku mengeroh kuat..Then mak aku buka lampu,tgk2 ayah aku dah tak bernafas...

Sapa sangka..Ayah aku langsung tak tunjukkan perubahan dia nak pergi..petang sblm dia meniggal dia ada cakap dgn mak aku,esok nak pergi mengundi ptg..sbb pg org ramai..mmg mak aku pun tak sangka..Takdak langsung perangai pelik yg ayah aku tunjuk...

Arwah ayah pergi dengan senang tanpa menyusahkan anak-anak dan isterinya..mungkin dia tahu mak aku pun tak berapa sihat...Cara kematian ayah memang betul-betul menginsafkan aku..
Betapa senangnya nyawa ayah dicabut tanpa menanggung sebarang kesakitan kerana ayah tak pernah lupa pada Allah..

Arwah ayah selamat disemadikan pada pukul 11 pagi 05 Mei 2013.


"Walaupun ayah tak beri kami kemewahan,Walaupun Ayah tak limpahkan kami dengan wang ringgit..Kami tetap bangga mempunyai Ayah sebaik Ayah.."

Semoga Arwah Ayah tenang disana..Al-fatihah utk Arwah Ayah..

1 comment: